Monday, November 25, 2013

[Tonton Online] Filem Seram Highland Tower Full Movie

SINOPSIS HIGHLAND TOWER

Mika dan Kamal mempunyai idea untuk membuat short dokumentari di sebuah tempat seram, di mana mereka akan membuat liputan di sebuah bangunan yang bernama Highland Tower.


Dengan bantuan pihak produksi daripada MiG, Mika dan Kamal berjaya mendapat dana daripada pihak produksi tersebut kerana mereka berminat dengan idea yang dibentangkan oleh Mika dan Kamal.


Pihak produksi juga telah menambah team Mika dan Kamal menjadi tujuh orang, dimana Nizam, Shima Anuar, dan Atikah akan join sekali. Hari yang dinantikan sudah tiba, mereka akhirnya berjaya membuat liputan di Highland Tower.


Pada malam pertama, cukup membuatkan team Mika dan Kamal, berasa seram. Macam-macam kejadian aneh berlaku. Ada yang mendengar bunyi yang sangat membingitkan melalui earphone, dan lampu kamera tiba-tiba terpadam.


Lebih mengejutkan Shima hilang dan disembunyikan oleh seseorang. Team Mika dan Kamal berasa susah hati dan mereka mencari Shima sehingga dapat.


Selepas kejadian itu, mereka semua meninggalkan Highland Tower, dan ada benda yang telah mengikut mereka. Ikuti cerita seram ini dalam filem Highland Tower.



Cara nak unlock password



Hint : Negeri yang paling tinggi jumlah insiden rokok seludup? (8 huruf besar) Klik sini untuk jawapan

Saturday, November 9, 2013

[Tonton Online] Video Full Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2013

Pengumuman! Wabak lawak kini kembali lagi. Wabak merbahaya ini bakal menyerang para penonton bermula malam ini di Maharaja Lawak Mega 2013 yang akan bersiaran secara langsung pada 8 November di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).


13 kumpulan telah pun menempah tempat secara automatik  ke gelanggang MLM 2013 iaitu Jambu, Boboi, Shiro, SayWho, Wala, Comey, Nabil, Osama, Tulang, Bocey, Sepahtu, Kucai dan SYJ.


Manakala 12 kumpulan bakal berentap di kerusi panas #MaharajaLawakMega 2013 untuk mengisi tiga kekosongan untuk terus berentap dengan 13 kumpulan yang sudah pun bersedia untuk merebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2013 bermula minggu hadapan.


Pemilihan tiga kumpulan yang akan layak secara automatik ke gelanggang  MLM 2013 bakal diadili oleh tiga orang juri profesional. 12 kumpulan yang dimaksudkan adalah Shake, Glory, Santan, Hai, Mamu, Zero, Pajak, Gadai, Kecik, 2yol, Gerak dan Keross.


Kumpulan manakah yang bakal mengisi tiga kekosongan di Maharaja Lawak Mega 2013 malam ini? Oleh itu jangan lupa untuk  menonton kerusi panas Maharaja Lawak Mega 2013 yang akan bersiaran secara langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam, Selangor bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).


Juara Maharaja Lawak Mega 2013 bakal membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000 manakal tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM250,000 dan RM150,000. 


Turut diperkenalkan semula aplikasi permainan percuma kepada pemilik telefon pintar Android dan iPhone dengan kemaskini terbaru permainan ‘Mana Naga?’


Empat juri utama yang bakal mengadili program MLM kali ini juga turut dirahsiakan sehingga diumumkan di minggu pertama program ini bersiaran iaitu pada 15 November 2013 jam 10.00 malam di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) serta aplikasi Astro on-the-go.


Para peminat dan penonton program Maharaja Lawak Mega 2013 turut berpeluang memenangi hadiah lumayan dengan menghantar video-video parodi bermula 22 November ini. Untuk maklumat lanjut sila layari www.maharajalawakmega.com.my bermula 14 November ini!


Sumber asal : Astro Gempak





Wednesday, October 30, 2013

[Tonton Online] Longkai 2013 Full Movie

Sinopsis Filem Longkai 


Longkai mengisahkan geng longkai (pemandu trak tunda) yang sering berebut untuk mendapatkan pelanggan di jalan raya. Eddie (Niezam Zaidi) dan Bada (Faizal Hussien) adalah adik-beradik yang bekerja sebagai longkai.


Mereka berdua akan menghantar kenderaan yang ditarik ke bengkel Rima (Dira Abu Zahar), seorang wanita berjiwa kental dan lasak. Dalam diam Rima menaruh hati pada Bada walaupun Bada tidak pernah tahu perasaan yang disimpan Rima terhadapnya.


Mojo (Along Eyzendy) dan Bayam (Mikail Andre) adalah musuh kepada Eddie dan Bada sejak dulu akibat perebutan bisnes longkai mereka. Mojo lebih rela mati daripada bekerjasama dengan mereka. Namun, adik perempuannya Suraya (Wawa Zainal) sengaja menempa bahaya kerana dia dan Eddie menjalinkan hubungan cinta dalam diam.


Selain itu, Zarina (Erra Fazira) yang sering mengunjungi bengkel Rima membuatkan hubungan Eddie dan Bada renggang hingga membuatkan Rima mengesyaki apakah sebab sebenarnya Zarina muncul dalam hidup Bada secara tiba-tiba. Kemesraan Zarina dan Bada juga mengundang cemburu Rima.


Mojo pula semakin hari semakin berdendam kerana setiap projek jahatnya tergendala disebabkan geng Eddie. Mojo akhirnya meminta bantuan Naga (Zul Suphian), seorang taiko terkenal di ibu kota untuk membalas dendam kepada geng Eddie dalam masa sama Naga juga pernah mempunyai sejarah hitam dan berdendam dengan Bada. Naga juga mengambil kesempatan untuk membalas dendamnya terhadap Bada.


Tutorial cara nak unlock password



Hint : Negeri yang paling tinggi jumlah insiden rokok seludup? (8 huruf besar) Klik sini untuk jawapan

Tuesday, October 29, 2013

[Tonton Online] KL Zombie 2013 Full Movie

Sinopsis Filem KL Zombie


Selamat datang ke Malaysia. Negara yang kaya dengan adat resam ketimuran. Tetapi apakah yang akan berlaku jika rakyat kita tiba-tiba dikelilingi zombi?


Kalendar lama bertukar baru. Aliff baru mengajak Sofia berkahwin. Ana bakal memulakan hari pertama sebagai cikgu. Kamarul akan bertanding dalam program TV realiti. Dan Nipis seronok di dalam dunianya sendiri. Mereka tidak tahu yang dunia yang mereka kenali bakal berakhir. Aman-damai menjadi kacau-bilau. Tamadun hancur. Rutin harian berubah dan hanya Nipis yang mampu menyelamatkan keadaan.



5 sahabat baik (Nipis, Kamarul, Ana, Sofia dan Aliff) bergumbira pada malam sambutan tahun baru di lembah klang apabila tidak semena-mena seorang daripada mereka digigit anjing bervirus. virus zombi tersebut bukan sahaja menjangkiti salah seorang daripada 5 sahabat tadi, malah merebak dari punca yang tak diketahui. lama-kelamaan, virus tersebut merebak sampai ke sarawak dan ke seluruh malaysia. dalam keributan penularan wabak zombi, Nipis - seorang kaki teori konspirasi - mencadangkan mereka berpindah ke putrajaya di mana beliau percaya, kerajaan mempunyai kubu anti-serangan nuklear.


Dijangka ditayangkan pada tahun 2013, filem KL Zombie sememangnya merupakan filem yang harus ditonton jika anda ingin menyaksikan sesuatu yang berlainan dalam industri filem kita. 



Tutorial cara nak unlock password



Hint : Negeri apakah yang paling tinggi jumlah insiden rokok tidak sah? (8 huruf besar) Klik sini untuk jawapan


Monday, October 28, 2013

[Tonton Online] Dokumentari Tan Sri P. Ramlee | Seniman Agung

Latar belakang


Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri, pada tarikh 22 Mac 1929 kepada pasangan Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim (1902 - 1955) dan Che Mah Hussein (1904 - 1967). Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Acheh telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth. P. Ramlee juga mempunyai seorang adik-beradik tiri iaitu Syeikh Ali melalui ibu yang sama.



Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan Sekolah Kebangsaan Francis Light. Seterusnya, beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau belajar di Sekolah Tentera Laut Jepun sebelum kembali ke Penang Free School apabila perang tamat.



Filem pertama lakonan P. Ramlee ialah Chinta, sebuah filem yang dikeluarkan pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakon di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru beliau dalam dunia perfileman Melayu ialah Tan Sri L. Krishnan yang merupakan pengarah bagi filem Melayu sekitar tahun 1950-an hingga 1960-an. Gaya lakonan beliau yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi daripada dua pelakon yang terkenal dari India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah Laksamana Do Re Mi pada tahun 1972 manakala lagu dan lirik terakhirnya ialah Air Mata di Kuala Lumpur pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya. 


Video Sejarah Perjalan Hidup Seorang Seniman Agung | P. Ramlee

Monday, October 7, 2013

[Tonton Online] KL Gangster 2 Full Movie

Cerita ini mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai (Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu (Ku Faridah) mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka.


Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. 


Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa.
Sementara itu, Tailong (Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tanduk Tailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Tailong.




Pada masa yang sama, King (Riduan Hashim) dan Shark (Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkan Tailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar. Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah.



King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat. Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek. Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya.


Bermulanya konflik dan dendam antara Malek dan Tailong. Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya? Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL? Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?





Tutorial cara nak unlock password



Hint : Negeri yang paling tinggi jumlah insiden rokok seludup? (8 huruf besar) Klik sini untuk jawapan


Sunday, September 29, 2013

TV1 Live Streaming

TV 1 LIVE STREAMING







Klik butang play untuk tonton live streaming

Jika masih gagal boleh layari web ini

Saturday, September 28, 2013

TV3 Live Streaming

LIVE STREAMING TV3






 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms