Monday, November 25, 2013

[Tonton Online] Filem Seram Highland Tower Full Movie

SINOPSIS HIGHLAND TOWER

Mika dan Kamal mempunyai idea untuk membuat short dokumentari di sebuah tempat seram, di mana mereka akan membuat liputan di sebuah bangunan yang bernama Highland Tower.


Dengan bantuan pihak produksi daripada MiG, Mika dan Kamal berjaya mendapat dana daripada pihak produksi tersebut kerana mereka berminat dengan idea yang dibentangkan oleh Mika dan Kamal.


Pihak produksi juga telah menambah team Mika dan Kamal menjadi tujuh orang, dimana Nizam, Shima Anuar, dan Atikah akan join sekali. Hari yang dinantikan sudah tiba, mereka akhirnya berjaya membuat liputan di Highland Tower.


Pada malam pertama, cukup membuatkan team Mika dan Kamal, berasa seram. Macam-macam kejadian aneh berlaku. Ada yang mendengar bunyi yang sangat membingitkan melalui earphone, dan lampu kamera tiba-tiba terpadam.


Lebih mengejutkan Shima hilang dan disembunyikan oleh seseorang. Team Mika dan Kamal berasa susah hati dan mereka mencari Shima sehingga dapat.


Selepas kejadian itu, mereka semua meninggalkan Highland Tower, dan ada benda yang telah mengikut mereka. Ikuti cerita seram ini dalam filem Highland Tower.



Cara nak unlock password



Hint : Negeri yang paling tinggi jumlah insiden rokok seludup? (8 huruf besar) Klik sini untuk jawapan

Saturday, November 9, 2013

[Tonton Online] Video Full Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2013

Pengumuman! Wabak lawak kini kembali lagi. Wabak merbahaya ini bakal menyerang para penonton bermula malam ini di Maharaja Lawak Mega 2013 yang akan bersiaran secara langsung pada 8 November di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).


13 kumpulan telah pun menempah tempat secara automatik  ke gelanggang MLM 2013 iaitu Jambu, Boboi, Shiro, SayWho, Wala, Comey, Nabil, Osama, Tulang, Bocey, Sepahtu, Kucai dan SYJ.


Manakala 12 kumpulan bakal berentap di kerusi panas #MaharajaLawakMega 2013 untuk mengisi tiga kekosongan untuk terus berentap dengan 13 kumpulan yang sudah pun bersedia untuk merebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2013 bermula minggu hadapan.


Pemilihan tiga kumpulan yang akan layak secara automatik ke gelanggang  MLM 2013 bakal diadili oleh tiga orang juri profesional. 12 kumpulan yang dimaksudkan adalah Shake, Glory, Santan, Hai, Mamu, Zero, Pajak, Gadai, Kecik, 2yol, Gerak dan Keross.


Kumpulan manakah yang bakal mengisi tiga kekosongan di Maharaja Lawak Mega 2013 malam ini? Oleh itu jangan lupa untuk  menonton kerusi panas Maharaja Lawak Mega 2013 yang akan bersiaran secara langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam, Selangor bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).


Juara Maharaja Lawak Mega 2013 bakal membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000 manakal tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM250,000 dan RM150,000. 


Turut diperkenalkan semula aplikasi permainan percuma kepada pemilik telefon pintar Android dan iPhone dengan kemaskini terbaru permainan ‘Mana Naga?’


Empat juri utama yang bakal mengadili program MLM kali ini juga turut dirahsiakan sehingga diumumkan di minggu pertama program ini bersiaran iaitu pada 15 November 2013 jam 10.00 malam di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) serta aplikasi Astro on-the-go.


Para peminat dan penonton program Maharaja Lawak Mega 2013 turut berpeluang memenangi hadiah lumayan dengan menghantar video-video parodi bermula 22 November ini. Untuk maklumat lanjut sila layari www.maharajalawakmega.com.my bermula 14 November ini!


Sumber asal : Astro Gempak





Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms